Oskar Kummetz

Oskar Kummetz
Kelahiran(1891-07-21)21 Julai 1891
Meninggal dunia17 Disember 1980(1980-12-17) (umur 89)
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1910–45
PangkatGeneraladmiral
UnitSMS Victoria Louise
SMS Helgoland
SMS Posen
ArahanKampfgruppe "Oslo"
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Oskar Kummetz (21 Julai 1891 – 17 Disember 1980) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II. Beliau telah berkhidmat dalam Kaiserliche Marine semasa Perang Dunia I. Kummetz telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana pencapaiannya dalam Pertempuran Selat Drøbak, dimana kapal pemerintahnya, iaitu Blücher telah ditembak di superstruktur oleh dua peluru meriam 28 cm dari kubu Oscarsborg Norway, peluru meriam 15 cm dari kubu Kopås dan bedilan meriam 5,7 cm dari kubu Husvik. Dari Kaholmen Blücher telah diserang oleh 2 torpedo dan ia tenggelam 84 meter dibawah selat itu.

Bersama dengan ratusan orang yang terselamat, termasuk Generalmajor Erwin Engelbrecht, Kummetz telah ditahan oleh pengawal diraja Norway di sebuah ladang berdekatan Drøbak pada 9 April, sebelum mereka ditinggalkan oleh pengawal itu.[1]

Pemerintahan yang seterusnya, Admiral Hipper gagal menyerang konvoi British semasa Pertempuran Laut Barents, dan Hipper telah dirosakkan oleh kruiser British, manakala kapal pengiringnya, Z16 Friedrich Eckoldt telah karam bersama semua anak kapalnya oleh HMS Sheffield (C24).

Oskar Kummetz meninggal dunia pada 17 Disember 1980 pada usia 89 tahun. Pada masa kematiannya, beliau adalah Generaladmiral Kriegsmarine yang terakhir.

Kummetz (belakang Laksamana von Friedeburg) meninggalkan kapal British selepas British mengambil alih Kiel, 1945
  1. ^ Arneberg, Sven T.; Kristian Hosar (1989). Vi dro mot nord : felttoget i Norge i april 1940, skildret av tyske soldater og offiserer: (Oslo, Østfold, Akershus, Hedmark, Oppland, Møre og Romsdal) (dalam bahasa Norwegian). Oslo: Aventura. m/s. 62.CS1 maint: unrecognized language (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search